Monday, May 30, 2011

Aku Driver Bus je....=D

A story from one of my friends...^_^





Kerana tersangat muak ngan study kat universiti, aku ambik keputusan untuk break kejap - study leave. Aku pun x tahu untuk berapa lama.

Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan dah malas belajar. Tapi aku betul-betul nak lari kejap.. Release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result yang semester latest memang teruk tahap gaban, takyah citer ah.. Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Maunye beliau x marah.. Tapi melihatkan aku ni memang dah nekad, mak akhirnya mengalah gak.

Jadi bermula la hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari study, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi ape aku bleh buat??

Mula-mula ingat nak keje kat supermarket, tapi aku ni jenis cepat boring.. Pusing satu supermarket 2 3 kali pun dah rasa boring. Hoho. Nak keje kat pam minyak lak skarang dah tade, sume layan diri. Jadi pelukis jalanan, tak cukup konfiden lagi.. Ishk ishk ishk.

Tuesday, May 3, 2011

Fasa Zaman2 Umat Nabi Muhammad........=)

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian....^^....yok kite bercerita dan share benda baru plak ye...=D


Mengikut Sebuah Hadith, Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”