Tuesday, January 3, 2012

My Models

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selepas menyepi agak-agak 2bulan, akhirnya, hari ni, diberi kekuatan olehNya, melalui seorang sahabatku di Auckland ni. After kutip-kutip semangat menulis blog ni kat blog dia hehe. Terasa kagum, voila! dengan hasil karya dan blog nya. Tertanya-tanya, terfikir-fikir, macam mana la dia meluaskan lagi empayar memblogging dia ni. Best dan gempak-gempak pulak ayat, kosa kata, dan cara menulisnya. Berbahasa gitu. Walaupun simple, tp i like! Boleh nampak ketulusan hatinya dalam menulis diari kehidupannya. Yang tu tak berapa best la sebabnya, yang betol-betol bestnye blog budak ni ialah, dia menulis kerana dia tahu matlamat hidup dia, dia tahu untuk siapa dia berkongsi rasa, suka dan duka, iaitu kerana ingin mengajak pembaca-pembacanya mengenal penciptanya.. (Err padahal tahu je kenapa blog dia best, sebab dia seorg budak TESL!!!) Ye la, mana taknye, budak TESL, mestila berbunga-bunga tatabahasanya, penuh dgn ayat2 bombastik, dramatik, fantastik dan smua tik-tik yg laen la. plus! takde lab, takde kelas dari pagi sampai ke petang macam kiteorang ni. (isyk-isyk-isyk, bias betol. haha)...Alhmdulillah dia diberi kelapangan masa yang agak banyak untuk mereka dan menghasilkan karya-karya beliau..(haa..beliau gitu. sbb kagum sangat ni..=D)

Tetibe terfikir untuk buat entry baru. Pasal my new models. Tak tahu la kenapa, semenjak dua menjak, tiga menjak ni, (dari tahun lepas sebenarnya) hati ini terpaut pada bidang seni photography. Semua ni ialah terhasil selepas dapat belajar kat NZ ni. Ntahla. Mungkin sebab apa yang dilihat di sini, membuatkan diri ini untuk mencalit dan mencoret jua permandangan yang dilihat untuk tontonan umum. Keindahan yang luar biasa yang pernah ada, lalui dan tempuhi. Macam berada di dalam syurga pun ade. (OK! ni sudah lebeyyhh. lols) Takde la sampai nak samakan permandangan di NZ ni sama macam dalam syurga Allah, tp, haa itulah. Tak terkata, tak terbayang dek fikiran akan keindahan dan kesejukan mata pabila melihat alam yang terbentang luas, ciptaanNya ini. 

Tapi, untuk kali ini, bukannya nak updates dan show gambar-gambar "DSLR" yang diambil di NZ, tp, nak berkongsi gambar-gambar yang diambil time outing with family for about 1 and half months di Malaysia!! (hooyeeaahhh!!! balik Bukit Tunggal!! =D ) TAPI!!! gambar-gambar yang diambil ni, bukanlah semuanya di Terengganu, tp, berjalan-jalan, around2 Malaysia..^^

Jadi, ini adalah hasil-hasil photography ku yang tak pernah ada skill dan talent dalam bidang bergambar ni. Hehe. Hanya mencuba nasib, plus! isi masa terluang. Oh, my new hobby~~~~!!




one of my models (Amil) hehe

Uuuu sodap tu ice cream strawberry!!

kasik hijaukan mate sikit!! =D

ouch!!! sakit tuu..

bungee..bungee..aiipp! kekwa la! =D

haha..my top models too..^^

perghh~~ hensem bang..(tp betol la, ang sebenar ni..=D)

jeling-menjeling ye adik maniss~~~

errkk..asyik-asyik budak ni je modelnye..haha

aaaaa~~ bunga kebangsaan Malaysiaku...*cairr*

adik beradik sabor je melayan kerenah camerawoman..hehe

hooyeaahh..my hottest model..^^

kasik besaqkan gambar la sikit..hehe

macho la saudara ni..lols

ewah ewah..santai ye..=p

posing bukan maen..mcm buat-buat tak sedar ye kehadiran kamera ni..eheh

fullamak..model mahal ni..^__^

err...biasa2 je ni..=.=

hmm...boleh la~~

it's yellow!!

2 pasangan merpati 2 sejoli..=p

ngehngehngeh~~

dongaklah ke bawah ye pabila berjalan..=D

yum.yum.yum makan best ni

gembire dengan menantu eekk..=D

ohh my sweet sister~~

slurppp! buat nasi ayam best ni..=D

best! mengidam! haha

ape ni?? sayur la!

aaahhh~~ the most favourite dan yg tercantek, yg terkesan di hati ini..^^ bersama adik tercinta..haikkal~ <3


tengok jgn tak tengok..=p


Ohh cuti ku rasakan sangat bermakna sebab setelah sekian lamanya kami tak bersama, keluar shopping, jalan-jalan bersama, kalau abang takde, adik jkk tu ada, kalau adik jkk takde, abang atau kakak pulak yang takde. Haisyyhh...Tapi, alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana kali ini, diberi kesempatan olehNya untuk sama-sama menikmati hari-hari, detik-detik kami bersama. The moments that i'll never forget. <3 <3 <3

p/s: nnti updates lagi ye..jika ditakdirkan olehNya utk berjumpa lg..^^ insyaAllah..
1st day of summer class...ohh~~

Wednesday, November 9, 2011

Tolong aku untuk.....

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya… 
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…



Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa… 
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…



Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga… 
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…



Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa… 
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…



Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya… 
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…



Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa… 
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga… 
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…



Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…



Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…



Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia… 
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…



Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga… 
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang MahaKuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…bolehkah?



<3 kerana aku ingin menjadi sekuntum bunga mawar yg luar biasa...<3






hehe...tulip pun jadi la ek..=D

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan 1432H & Salam Perantau

Assalamualaikum kawan-kawan, sahabat2 sekalian...^_^

Alhmdulillah, diberi lagi nikmat oksigen dan nafas olehNya tuk kite masih lagi hidup, meniti kehidupan sebagai seorg anak, pelajar, adik, kawan di dunia yg sementara ini..=)

alhmdulillah jugak,...kali ni, kite telah dipertemukan dengan bulan yg pling mulia tuk umat manusia, umat hambaNya di dunia, iaitu Ramadhan Kareem...^_^

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah. 2:183)

errrkk....orang-orang yg bertaqwa?? gane pulop tuuu..??? hmm....^_^ yok refer to Al-Imran(3:133-135)
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. iaitu:
1) orang yg berinfak (biarpun di waktu lapang atau sempit)
2) orang-orang yang menahan amarahnya
3) orang yang memaafkan orang lain
4) Allah mencintai orang-orang yg berbuat kebaikan
5) dan juga org2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya
Dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui"...

=D tersentap kan?? berinfak di waktu lapang atau sempit...hmm..masa pun bole dikira infak kan? jadi, begitulah teman-teman sekalian iaitu, masa yg kita luangkan untuk sama-sama menunggu kawan-kawan yg laen tuk berjemaah dalam solat fardhu atau terawikh pun insyaAllah dikira oleh Nya, malah, insyaAllah akan tergolonglah kita sebagai orang-orang yang bertaqwa...=)

dan taqwa itu sendiri, sangat mendalam maknanya. Iaitu, "Ibarat berjalan di atas jalan-jalan yang berduri" (Saidina Umar). Dan pada bahasanya, makna taqwa itu ialah benteng...benteng yang macam mana ye? =) insyaAllah, benteng untuk kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT...sesuai sangatla dengan bulan ramadhan ni kan. Sebabnya ialah time-time bulan ramadhan nila syaitan diikat, so, insyaAllah ni la masanya, tuk kita bina tembok2 kita tu plus, da xde syaitan tuk ganggu robohkan tembok kita tu...=) so, da xde alasan la tuk kita bahawa tembok kita xsiap-siap time bulan ramadhan ni...^_^ insyaAllah ek..kita jadikan ramadhan ni, platform kita tuk terus bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam menjadi yang lebih baik...

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup, syaitan-syaitan akan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa" (HR Ahmad dan An-Nasa'i)

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
i) keberkatan
ii) menurunkan rahmat
iii) mengampuni dosa-dosa
iv) memakbulkan doa-doa
v) melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikatNya.
Maka tunjukkanlah kepada Allah taala kebaikan dari kamu. sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini" (Hadith)

Oh ya Allah..begitu Kamu mencintai kami ya Allah...dengan melimpahkan segala macam nikmat, yang sangat tersembunyi tuk kami di bulan ini ya Allah...dan kawan-kawan jugak, ketahuilah bahawa, setiap hari dan malam, Allah akan membebaskan roh dari api neraka dan pada tiap2 malam dan hari jugak, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya...=( Sweetla Kau Ya Allah...hmm...aku selama ni, xbersyukur dengan kenikmatan yg Kau telah limpah ruahkan kepadaku...dan walaupun aku masih jahil, Kau masih beri aku nikmat oksigen, nikmat hidup tuk merasa ramadhan kali ni...dan di perantauan plak tu...sungguh aku xbersyukur selama ni...hmm..moga ramadhan kali ni membuatkan aku makin kuat, makin bersemangat, makin bersungguh-sungguh dalam mengejar cintaMu yang abadi ya Allah...=)

Nabi Muhammad bersabda lagi:
"Dia(bulan Ramadhan) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga. Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan".

=) so, insyaAllah k..kite buat apa yg baik, tinggalkan perkara jahiliah dlu k..^_^ tp mcm mane ye??
ok..insyaallah, ni solusinya..kite try buat same2 k...

1) Pejamkan mata/ tahan daripada meluaskan pemandangan

2) Pelihara lidah dan kata-kata

3) Pelihara pendengaran
"Mereka sangat suka mendengar berita bohong, banyak memakan makanan yang haram" (Al-Maidah, 5:42)

4) Pelihara semua anggota badan seperti tangan, kaki, cara pemakannanya...
Contohnya ialah, time bulan ramadhan ni kan, elakkanlah daripada memakan makanan yang syubhah, tetapi makanlah daripada makanan yang halal. Memakan makanan yang syubhah ini diibaratkan seperti kamu membina sebuah istana, tetapi kamu telah merobohkan satu kota...Hal ini demikian kerana, memakan makanan yang syubhah turut menyumbang kepada haramnya sesuatu makanan itu dan ibadat kita xkan diterima oleh Allah. So, sia-sia la kan puasa dan mujahadah kita kan selama ni kan? =)

5) Jangan makan banyak-banyak sangat, mentang-mentanglah berbuka sodap2, udang bakor, ikan bakor, ayam golek, ayam percik, kuih onde-onde, kuih jala emas, fuhhh..best! sodap! TAPI, ingat ye kawan-kawan smua bahawa, "tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah SWT daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal"

6) Hendaklah hati sentiasa rasa bimbang dan takut serta harapan sebab kita tak tahu kan amalan kita ni diterimaNya ke tak kan. so, thats why la we have to feel takut, bimbang. Hal ini jugak akan menyebabkan kita akan lebih beribadat kepadaNya. Haaa....sapa yang untung? Kita jugak kan? =) insyaAllah...sama-sama kita buat k!

"Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Allah SWT berkata,: "Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya, minumnya kerana Aku. Puasa itu dilakukan kerana Aku dan Akulah yang akna memberikan balasannya sendiri"....=)

Di kesempatan ini jugak, before penutup kepada entry bulan ni ialah, jom kita buat murtaba'ah amal?? =)
1) Tadarus/tilawah al-quran
2) Solat sunat dhuha
3) Solat sunat rawatib (1@2 kali sehari)
4) Solat terawikh
5) Solat Jemaah (walaupun 1@2 kali sehari)
6) Baca ma'thurat (walaupun 1@2 kali sehari)
7) Zikir munajat
8) Hafal hadith@juz 'amma

=) insyaAllah k....im trying too....hopefully, mujahadah yang nak dilakukan di, dipermudahkan olehNya, diberi  keberkatan dan kesungguhan@ kekuatan yang luar biasa untuk menempuh ramadhan kali ni....dan harap-harapnya, ramadhan kali ni penuh bermakna buat diri ini, yang turut berada di perantauan..=)







Monday, July 18, 2011

Ammazilna - Bennami-


نقبل بقلوبنا على الله
kami persembahkan jiwa2 kami kepada Allah

لا خوف ولا حزن لمن هداه
tiada ketakutan dan kesedihan 
bagi sesiapa yg diberiNya petunjuk 

حبله متين لا يندثر
taliNya kukuh takkan terlerai

رزقه دائمٌ لمن يفتقر
rezeqiNya sentiasa ada buat yg memerlukan 


في كل مكان
di setiap tempat 

وكل زمان
di setiap ketika
فوقكَ ربٌ عظيم يرعاك
di atas sana 
ada Tuhan Maha Agung yg memeliharamu 

في أي مكان
di mana jua
في أي زمان
pada bila2 masa
لك رب يحبك لن ينساك
kau punya Tuhan yang sentiasa menyayangimu 
& tidak pernah melupakanmu 

أما زلنا ... أما زلنا .. نخشاه
adakah kita masih punya rasa takut terhadapNya? 


اما زلنا نحمده
adakah kita masih lagi sentiasa memujiNya?


أم نسينا أنّا عباده
 atau adakah kita telah pun melupainya?

لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
 tiada Tuhan selain ALLAH 



نعيش في ملكه ما يشاء
kita hidup di bawah kekuasaannya selagi mana Dia kehendaki 
نغوص في جوده بالدعاء
kita menikmati kemurahan daripadaNya dengan berdoa
نطمع في افضاله بالرجاء
kita berhajatkan kebaikan daripadaNya dengan penuh pengharapan
ملاذنا اذا اشتد البلاء
 tempat kita berlindung tatkala ujian dirasakan begitu berat

     CHORUS

قلبي لله
hatiku untuk Allah..

روحي لله
seluruh nyawaku untuk Allah..  

امالي لله
cita2ku untuk Allah..

كلّي لله
segalanya hanya kerana Allah 

jadilah hatimu seperti kerang dalam lautan,tidak menyimpan kecuali satu mutiara saja; iaitu cinta 
kepada Allah

Sunday, July 17, 2011

Bila waktu telah berakhir...

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua
hilang dan pergi meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sedari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi


Monday, July 4, 2011

Another present from Him...Subhanallah~

In the name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful....
Oh Allah, Alhamdulillah, because still giving us the opportunity to enjoy our life today and giving us the most unforgettable memories for me...=) These are the most special birthday present for me...You are not only giving me FRIENDS but You also giving me the evidence and the power of You in this world...Alhamdulillah...^_^

Alhamdulillah jua friends, I just went back from Mt. Ruapehu which means that, i went to a winter trip there with the sisters....Tq sooo much for da special and lovely services....Memang 4 thumbs up la untuk sisters2 yg mmg bersungguh2 menjaga dan mengaturkan plan2 perjalanan kami ni...but the best planner ever is of course You...Tanpa keizinanMu, tangan ini xkan berasa salji, xkan dapat merasa moment salji turun, xkan menggambarkna perasaan kami time solat atas snow...Alhamdulillah sangaaattt......terharruuu sangat, smpai menangis ya Allah aku time sujud syukur.....My feelings ni, doesnt mean kite nak kawan2 yg laen cemburu, but i just wanna share my experiences and moments, bila hati rasa saanggaaatt dekat dengan Dia, especially tika dahi bersujud di salji, tika mulut dan hidung mencium lantai yang beralaskan salji tu...Alhamdulillah sangat....

Dan aku nak cerita lagi sal pengalamanku ni...iaitu time tengah main toboggan, ya Allah....Alhamdulillah, syukur sangat sbb senior2 aku ckap, Allah hanya menurunkan salji pada certain2 orang je, pada orang2 yang dikehendakiNya sahaja...so, sepanjang perjalann, snior2 suruh kami berdoa apa2 hajat sekalipun sbb doa seorang musafir mustajab doanya...Ade la jugak kesahnya kenapa seniorku ini suh berdoa, sbb time on the way pergi ke tempat accom kami, ya Allah, kami sesat di sebalik bukit2 yng berliku2, yang macam ular kena palu tuu...haa, da la ramai gile org mabuk, org pening (hmm..including me...hehe)...tp, mungkin jua akak tu suh aku berdoa sebab dy tengok aku lain macam je time dalam kereta 2 kan...yela, kite kan pendiam, senyum je pandai, xbukak mulut pun,,,mesti tension kan kalau org tengok??? hahha....

"Tidakkah kamu melaihat bahawa Allah mengarak awan, kemudia mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan butir-butiran salji dari langit, iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-ganang. Maka ditimpakanNya salji itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan..."(An-Nur 24:43)


Ya Allah, alhamdulillah, trima kaseh sbb telah menurunkan salji dan menjadikanku di antara orang-orang yang Kau kehendaki...aminn...=)

Ok..xnak cakap byk2 lagi, i just wanna share a few photos, taken kat Woodlands, Mt Ruapehu and Hukafalls... enjoy ur "sight-seeing"....
wassalam