Sunday, June 16, 2013

14 June 2013

Assalamualaikum blog. ^_^
InsyaAllah, hari ni nak bercerita pasal hari Jumaat yg lalu, 14 June 2013.

Pada hari jumaat tu, ya Allah, my first paper di tahun ke-3 kat uni of auckland ni. Dub dub dub..
Nak pecah dada rasanya sebab terlalu kuat getarannya. Muka macam confident tp dalam hati, hanya Allah je yg tahu. Cuaca pulak, hujan jee memanjang. Angin sangat-sangat kuat. Macam membisikkan di telinga yg sesuatu bakal terjadi.

Tepat pukul 8.15 am mcm tu, bersama housemate ke uni. Di persimpangan jalan, terjumpa ??? Hehe.. No need to tell you lah. Segan pula. And along the way to uni pun housemate ada bercerita kisahku (ooo rupenye mereka mengumpat pasal aku kat belakanggg). hehe.. Mereka sebenarnya mendoakan tentang kehidupan ku. Adelah juga mereka bercerita kisahku time kat IC. Malu..Malu.. Rupenya ada je mata-mata yang memandang. Hmm. Macam mana nak jadi wanita yang tidak memandang dan dipandang ni. Oh mungkin juga sebab aku suka memandang orang, jadi, possibly aku pun dipandang. Err tapi.. mungkin boleh tengok muslimah-muslimah yg anggun lagi cun yg masihhh ramai lagi kat oklen city ni. =.= Xde orang lain da ke kan dyorang nak usha.. Nampak sgt la akhawat-akhawat lain tu Allah jaga dan mereka pun sgt2 lah menjaga hubungan mereka dengan Allah. Aku? haaah! Tau-tau jela mcm mana.. Xtahu da nak ubah macam mana.. Adakah melalui perkahwinan aku boleh ubah prangai aku ni? (hehe..seronok juge ni).. Ok.. tutup kes ni.. Bukan nk bercerita pasal ni.. haih.. shuuuhh shuuuhh gi lari jauh-jauh kes ni..

Ok. Time 8.45 am, berjalanlah menuju ke arts building.. Sampai-sampai je, budget, terus duduk di kerusi kat luar, sambil goyang-goyangkan kaki.. Macam confident betol buleh jawab. Haha.. Budget kaann.. haih.. Orang lalu, senyum.. Kawan-kawan bangsa asing yg lain datang, senyuumm.. Kan sedekah tuu.. Mana taw dapat jawab soklan prekse nanti kan dengan senyuman tu kan? hehe.. Ok la.. Then, thats it. Time utk masuk ke dalam lecture hall utk jawab exam..

10 minutes reading..
Scan punye scan soklan, okayy.. Beress.. Canteekk je susunan Andrew Balemi buat.. Semuanya mcm pernah buat.. Tengok soklan 1, ok ok.. Tengok soalan 2, boleh boleh.. Tengok soklan 3, insyaAllah.. Tengok soklan 4, hmm.. bolehla.. Tengok soklan 5, alamak! proving.. ayat sajee.. hmm.. ok2.. will try..will try.. tengok soklan ke -6, mak aii.. panjang nyee.. Hm.. buleh buleh.. I trust myself..
orang-orang zaman moden ckp, "peehhh.. bajeettt... bajeett pandai betol lah! confident sunggoh!"..
Sambil-sambil tengok soklan time reading time tu, senyum2 tengok makcik-makcik jage prekse tu.. Ntahla.. xbiasala kalau org tengok kita xbg sesuatu..at least kita bg senyuman kan.. dan makcik tu pun membalasnya.. terurut dada sekejap, fuuhh sejukk hati tengok senyuman makcik tu.. hehe

"OK! YOU CAN START THE EXAM" - makcik jage prekse tu ckp
Saat-saat mendebarkan.. Angkat pen, start menulis.. ok! soalan 1 dah sangkut.. Ya Allah.. blackout taw time tu.. Duk istighfar je mulut ni.. xingat apa-apa.. Ya Allah.. Hanya Allah je aku bergantung time tu.. Hah! Aku apa lagi, duk fikir mcm2 da la waktu tu..
"Oh.. da final year nii... jgn la dtg balik nanti"
"Ohh bakpe soalang ni pelikk niiii"
"Bakpe dok ingat mende niiii"
=.=

.........

Masih adakah hayat ku waktu tu? Hukhukhuk.. Alhamdulillah la, Allah masih sayang kat aku.. Still memberi beberapa hints untuk aku jawab soalan2 tu. Benarlah kata-kata akhawat-akhawat yang cun melecun di oklen city tu ckp, kalau Allah xizinkan, baca banyak mana pun, xkan dpt jawab soalan dlm exam.. =.= Gedebuk! tertusuk dada.. Sakit pulak rsanya... mcm br lepas kena wrestling pun ada.. beraat je kepala waktu tu..

Ehh tapi, xdela aku mmg blurr lgsg nak buat smua soklan tu. Dalam byk2 soalan, yg buleh dan plg aku jwb byk ialah yg ada ayat2 byk tu..soalan 5... da la proving. Ntah mcm mana bole jwb.. boleh la.. cnfidnt la sikit nk jwb byk.. tapi, yg lain-lain tu.. hukhuk.. Allahu.. Aku hanya berserah padaMu ya Allah. Dah try buat latihan, past years, tutorial, esaimen.. da buat semua da.. Moga-moga Allah memberikan yg terbaik buatku..

Malam tu ada usrah..
Asilla ckp, "tawakkal tu ialah.. "lepaskan... kamu lepaskan ia pergi"...
Gedebusshh! lagi kuat ooo kat dada ni.. err asilla bukan ckp kat aku ja.. tp, kat semua dalm usrah kami la.. hehe.. memandangkan dik zaza kita tu pun sama kes dengan ku.. dan asilla juge.. dia pun rupe-rupenya xle jawab soalan stats tu.. and paling ku xsangka, kak dibah pun xsempat nk jawab soalan-soalan exam tu!!!! so, bukan aku ja yg rasa susah.. ehhe.. fuuh~~ alhamdulillah.. bukan gembira apa, sbb ada kebarangkalian utk lectrer trunkan gred kalau semua org dpt rendah.. hehe.. mudah-mudahan...(yana je xexam lagi..untonglaaaa)


So, in the nutshellnya,..
"Tawakkal itu ialah, lepaskan..U let it go..."

^__________________________^

Wednesday, June 12, 2013

Sunday, June 9, 2013

Time will heal and decide

Assalamualaikum..
8June2013, a perfect day for me sbb tarikhnya ialah tarikh birthday kawanku, FN ^^
Pelik orangnya, nda mau disambut birthdaynya. Malah, wish pun xnak. "Tak pandai nak react" katanya. Haha. Comel, nakal-nakal baik gitu, dan yg paling penting, muslimah orangnya. Hehe. Calon yg sesuai untuk menantu Mak Jah, Mak Nab dan mak-mak yg lain =)

1 hari before 8 Jun (genap seminggu), sejarah berulang kembali? Setelah mendengar cerita pasal sudah mahu dikeneng-keneng kan, dan orangnya pun kawanku sendiri. Mana tak sedihnya, luruh bercucuran malam tu jugak aya' mata (org utara sebut).. Tapi, xpa jaa.. Satu malam muhasabah diri balik, she is better and really-really soft spoken, pemalu, and haaa insyaAllah sesuai. But deep into my heart, still hoping...... =)

Tapi, tanpa di sangka juga, pd 8 jun ni, mendapat berita kembali.. Tapi, keputusan telah diambil, walaupun bukan kata putusnya, tapi, memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk saling membetulkan diri dahulu. Maybe within 6 months, until summer, or less, or maybe more than that. But, hopefully, rasa tu xpudar, malah lebih bersemangat bila dah tiba masanya nanti. He knows everything, walhal kita hanya merancang, and when He said, hold skjap, bukan masanya lagi ni, sabaaq sat, jgn gelojoh-gelojoh. InsyaAllah.. Ada la sesuatu yg ingin ditunjukkannya itu. Mungkin bukan, mungkin juga ya, mungkin lebih perlu byk berfikir jauh dan etc. Allahu, Yang Maha Penyayang lagi Mengasihani.

Then, i will miss the moments we are together ( You and me (My Lord). So, hopefully, this coming Shaaban and Ramadhan, will bring us more barakah, keredaan masa, dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Exam is just around the corner. This friday. Moga Allah permudahkan yg susah, moga kejayaan ini, membawa kepada kemenangan umat Islam di negara org asing ini. InsyaAllah. Amin Amin Amin

Wednesday, June 5, 2013

Kisah 1 Jun 2013-Surat Untuk Blog

Assalamualaikum blog,
Maaf kerana mengganggu.
Takde apa nak cerita, kecuali perasaan pada 1 Jun 2013 (6days before today).
Ingin luahkan di Fb, tapi, dikhuatiri mennunjukkan perasaan sebenar dan menceritakan hal sebenar pulak kan.
Tak elok, tak elok
Seolah-olah merungut,
Seolah-olah inginkan orang lain like, dan baca.

Kadang-kadang tak semua benda kita boleh cerita dengan org lain,
sama macam saya, dengan org ni, saya cerita pasal ni,
dengan org lain, saya cerita pasal lain pulak.
Dalam kehidupan kita, xkan pernah lari daripada masalah..
Sama ada msalah belajar, hati, housemate, rakan-rakan,keluarga dan sebagainya.

Kisah 1Jun, memang akan sentiasa diingati dalam hidup ini.
Mana taknya, kisah hidup jugaklah.
Tapi, xmengapa, Allah hadirkan maslaah itu, bukan untuk ditangisi, tapi, untuk memberi pengajaran kpd kita,
untuk menguji tahap kebergantungan kita padaNya,
untuk menguji, kasih dan sayang, cinta kita kepada siapa yg sepatutnya kita sandarkan,
untuk tahu titik kelemahan kita sebab,
"Allah menguji seseorg itu atas dasar titik kelemahannya"

Jika hati kta lemah, Allah uji hati kita,
kalau kita lemah dengan pelajaran, Allah uji kita dengan ada masalah pelajaran.
Allah tahu the best and He knows whether kita boleh x alaminya.

Penutup bicara, i am single and available.
One decision has been taken, and yet, insyaAllah the best decision that i can make for my whole life.
Allah bersama-sama dengan hamba-hambaNya yg bersyukur dan sabar..

Jangan penat untuk sentiasa minta kepadaNya, cuma lambat atau cepat je dapat.
Kalau xdapat sekarang, in hereafter, insyaAllah will be mine.. (who knows right).. ^^

May Allah guide us to the right path, and always showering us with His blessings and rahmat..
Akan doakan yg terbaik utk semua org..
The best akan datang, yg baru akan muncul, yg lama, kena amek pengajaran.. =)

Sunday, April 14, 2013

Sorrryy...Soon Soon InsyaAllah =)

Assalamualaikum.. =)
Lama menyepi kan? Xdela, jenguk je selalu, cuma tidak berkesempatan untuk melakar apa yg terjadi semenjak-dua menjak ni.. ^^

Ok la.. Disebabkan dah lama menyepi, nak kasi tau cerita best and hangat sikit la.. hehe..

Cenggini..last Thursday, dengan hanya menyarung tudung indon, pakai sweater jalur-jalur pink, ala, yg selalu pnulis pakaiii tu.. siapa yg selalu tengok, insyaAllah lah dia tahu baju mana.. Ok, then, di kala sejuk menyelubungi badan, baju2 sweater tu, pergilah ke City Star nye mart di depan Forte apartment tuu.. Balik daripada uni, nk balik liverpool, singgahlah kejap kat city star..Nak pegi beli susu untuk dimakan dengan cereal. Hehe. Ok, lepas tu, tengah-tengah masuk, macam biasa, melakarkn senyuman kpd sesiapa sahaja yg ada di depan, kiri, kanan (dah biasa senyum, lain plak kalau xsenyum), masuklah smpai ke belakang kedai untuk mencari susu di dalam fridge. Lepas tu, dah smpai masanya untuk membayarnye.. huhu.. Listen to this conversation:

Penjual: Assalamualaikum. I'm Salman. How are you today?
Penulis: Waalaikumsalam. Alhamdulillah, fine. =)
Penjual: Can I ask you something? Have u married already?
Penulis: Erk..Gulp.. (Smile). Not yet
Penjual: When u are going to get married? Do you already have one?
Penulis: Err soon. Soon. InsyaAllah. When I am going back to Malaysia. InsyaAllah =)
Penjual: Oh, why u dont want to get married right now?
Penulis: Because I'm stdying right now?
Penjual: Oo, what you are studying?
Penulis: =) I'm majoring in Maths and Stats. My final year
Penjual: Oh thats is very nice. InsyaAllah, i pray to Allah that everything will be easy for you in your study and life.. =)
Penulis: Allahuamin..U too..

Ok..My explanation/ penjelasan lah kiranya kan. Maafff...Penulis bukanlah international sangat orgnya..(tapi, kalau dapat mohd saleh pun xpe..hehe..demand!) so, maaflah nk bertanya, merisik pun, cepat bebenor, xde step-stepnya.. heee.. bukan apa, mungkin dalam hati, tetap nak org melayu kan? ehh kenalah daulatkan islam dan melayu (:p) jangan terasa! doesnt mean anything..bukan slogan, bukan motto ke apa...insyaAllah, deep into my heart, its much easier kan kalau pasangan kita ialah from and among ourselves sndiri? I have told my mom to find one for me..Tapi, mak ckp, "kak chik cari lah kawan-kawan kak chik nuh.."... =.= baik! xnak jadi anak derhaka.. ok ok.. kena carik ni. =D

xde..just wanna say something, when u hit upon, yg kamu suka kat seseorg, do approach with a nice steps.. =) tepon mak ayahnya ke (haa..menantu soleh/ah gitu).. pergi rumah terus ke (haa menantu pilihan gitu)..kalau x pun, terus minang, risik, dalam masa terdekat (haa..ni mmg menantu superb..pantas..isyk isyk... tabik spring gitu..toiingg~~)... ok? maybe some tips to anyone, everyone and for myself jugak.. yg baik itu, semuanya dari Allah..keep on praying untuk memudahkan segala urusannya.. =)

yang penting, yg perempuan jangan melebihi limitnya, yg lelaki pun jangan melebihi limit syariatnya.. Islam tu penting..adat pun penting..tp, islam yg menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan bukannya adat.. (peace no war)...

^_^
(xde kena mengena..tp, nk highlight pasal sunnah Nabi, bacakan doa di ubun2 isteri, xperlu cium dahi) ^__^

Monday, October 29, 2012

Summary of 2012

Assalamualaikum ollss...=)

Nothing much I wanna say here, just a video, expressing my feeling towards the end of this year, as a second year student in UoA...

A little bit disappointment, sad, happiness, joyful and pendek kata, suka dan duka lah, sepanjang 2tahun belajar di negara org ni...=)

Homesick, rindu, garang, semua perasaan ada la...Cant think rationally at this moment..Want to focus to the final exam first..Cuak juga bila difikir2 balik tentang this summer..Adakah sudah suratan atau kebetulan, mimpi atau realiti, dan sememangnya, kesenangan di dunia ini hanyalah sementara..=)

Oh Allah, please ease everything.. no worries, time will heal me back..just give me some space..insyaAllah, saya akan kembali..and btw, cant reach me on fb..u guys can contact me tru email and this web...

Happy eid + all the best for the exam + happy summer!
Malaysia! Wait for me..There's many things that should be done...
seeru 'ala barkatillah..
Moga Allah reda...

xoxo





I will always love you guys, insyaAllah, till His Jannah..Trust on me..Wont let you guys down, kalau saya masih hidup, insyaAllah..Oh Allah, please protect us against everything bad, please ease everything and please make it easy for us.. Friends, always remember me, walaupun dah xbersama, 
tp, insyaAllah kenangan sentiasa dihati ini...
<3 <3 <3

Monday, June 11, 2012

Cantik vs Gagah

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Hati berbisik...

Assalamualaikum...=)
Ohh lamanya tak menjenguk dan menulis entry baru kan? Rasa kekok pun ade, rasa pelik pun ade..=)

Allahu..Allahu..
Banyak sangat cerita yg kita dengar sejak 2 menjak ni kan? Cerita kawan se-mrsm hilang lah, kisah PRU13 yg xumum-umumkan lah, cerita pilihanraya di Mesir lah kan? =) InsyaAllah..walau macam mana sekalipun, umat akhir zaman, dan dunia akhir zaman, Allah dah janji kan yg Islam akan tertegak balik nanti..insyaAllah hari itu akan tiba..tp, cuba kite renung sejenak, sudah cukupkah amalan kita untuk menanti hari itu? Andai kita pergi dlu sebelum masanya? Andai kita kembali padaNya dlu sebelum ahli keluarga kita yg lain pergi dlu? Macam mana? =)
Tepuk dada, tanya iman..^^

insyaAllah...buat entry kali ini, ialah pasal entry, "hati berbisik"...=)
apa bende hati berbisik ni??

Hati ada mulut ke?
Ye dok niii?? merepek je kan?

Bukaaannn....=)
Entry kali ini ialah nk bagitahu pasal??

hehe...kasi suspen la sikit..teka sendiri la ek..
InsyaAllah, blog kali ini, pasal luahan hati kecilku ini,
yg dah lama memendam rasa,
yg dah lama menyimpan 1001 perasaan, rasa dan rahsianya...

Cinta..
Senang je utk diungkap, senang juga untuk disebut, malah apatah lagi untuk dieja kan?
Mudah, semudah ABC (sodapnyee air ABC..hehe)..
Tapi, cinta yg macam mana yg perlu kita cari, dan atas tujuan apa cinta itu utk dilaksanakan...
hmm...(menung sejenak)

Bagi diri ini,
Dalam mencari cinta,
hati kita, diri kita juga turut kena mendapat cinta itu..
DAN!! cuba untuk menjadi yg terbaik juga...=)
barulah adil kaaann....=D

cinta yg macam mana yg dicari?
Cinta pada seseorg, yg melabuhkan cintanya padaNya...(huhu...demand!)
Cinta pada seseorg, yg sudi untuk menerima diri ini seadanya...(da la xcantik...=.= )
cinta pada seseorg, yg berani utk berjumpa mak ayahku, walaupun meminta izin utk berkwan...
cinta pada seseorg, yg taat menasihati diri ini andai diri ini tergelincir di jalanNya,
cinta pada seseorg, yg sanggup, untuk sentiasa melindungi diri ini andai dikasari,
juga,
cinta pada seseorg, yg sentiasa bersemangat dalam membentuk diri ini, mengingatkan diri ini dengan pencipta cinta kami, Allah swt..

woaahaaa..belom ada lagi, dah demand...haha...

"Oh Ya Allah, jika dia untuk ku, sesuai dan baik buat agama, hidup dan matiku, maka, persatukanlah hati kami, berkatilah hubungan kami, jagalah hubungan kami, elakkanlah kami daripada melakukan maksiat, lindungilah kami dan kuatkanlah iman kami sebelum tiba masanya untuk kami bersama dan selepas bersama juga, maafkanlah kami, ampunkanlah dosa kami serta jika dia tidak baik dan tidak sesuai untukku, maka pudarkanlah perasaan cinta dalam hati kami, berkatilah hubungan persahabatan kami, dan temukanlah ku pada insan yg sesuai buatku. Hanya padaMu aku menyerah, hanya padaMu ku bergantung. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala baik dan buruk hamba-hambaMu"...Amin..

“CINTA itu hendaklah dikawal, bukan dihalang, kerana CINTA adalah fitrah..”