Wednesday, November 9, 2011

Tolong aku untuk.....

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya… 
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…



Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa… 
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…



Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga… 
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…



Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa… 
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…



Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya… 
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…



Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa… 
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga… 
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…



Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…



Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…



Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia… 
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…



Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga… 
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang MahaKuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…bolehkah?



<3 kerana aku ingin menjadi sekuntum bunga mawar yg luar biasa...<3






hehe...tulip pun jadi la ek..=D

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan 1432H & Salam Perantau

Assalamualaikum kawan-kawan, sahabat2 sekalian...^_^

Alhmdulillah, diberi lagi nikmat oksigen dan nafas olehNya tuk kite masih lagi hidup, meniti kehidupan sebagai seorg anak, pelajar, adik, kawan di dunia yg sementara ini..=)

alhmdulillah jugak,...kali ni, kite telah dipertemukan dengan bulan yg pling mulia tuk umat manusia, umat hambaNya di dunia, iaitu Ramadhan Kareem...^_^

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah. 2:183)

errrkk....orang-orang yg bertaqwa?? gane pulop tuuu..??? hmm....^_^ yok refer to Al-Imran(3:133-135)
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. iaitu:
1) orang yg berinfak (biarpun di waktu lapang atau sempit)
2) orang-orang yang menahan amarahnya
3) orang yang memaafkan orang lain
4) Allah mencintai orang-orang yg berbuat kebaikan
5) dan juga org2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya
Dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui"...

=D tersentap kan?? berinfak di waktu lapang atau sempit...hmm..masa pun bole dikira infak kan? jadi, begitulah teman-teman sekalian iaitu, masa yg kita luangkan untuk sama-sama menunggu kawan-kawan yg laen tuk berjemaah dalam solat fardhu atau terawikh pun insyaAllah dikira oleh Nya, malah, insyaAllah akan tergolonglah kita sebagai orang-orang yang bertaqwa...=)

dan taqwa itu sendiri, sangat mendalam maknanya. Iaitu, "Ibarat berjalan di atas jalan-jalan yang berduri" (Saidina Umar). Dan pada bahasanya, makna taqwa itu ialah benteng...benteng yang macam mana ye? =) insyaAllah, benteng untuk kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT...sesuai sangatla dengan bulan ramadhan ni kan. Sebabnya ialah time-time bulan ramadhan nila syaitan diikat, so, insyaAllah ni la masanya, tuk kita bina tembok2 kita tu plus, da xde syaitan tuk ganggu robohkan tembok kita tu...=) so, da xde alasan la tuk kita bahawa tembok kita xsiap-siap time bulan ramadhan ni...^_^ insyaAllah ek..kita jadikan ramadhan ni, platform kita tuk terus bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam menjadi yang lebih baik...

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup, syaitan-syaitan akan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa" (HR Ahmad dan An-Nasa'i)

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
i) keberkatan
ii) menurunkan rahmat
iii) mengampuni dosa-dosa
iv) memakbulkan doa-doa
v) melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikatNya.
Maka tunjukkanlah kepada Allah taala kebaikan dari kamu. sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini" (Hadith)

Oh ya Allah..begitu Kamu mencintai kami ya Allah...dengan melimpahkan segala macam nikmat, yang sangat tersembunyi tuk kami di bulan ini ya Allah...dan kawan-kawan jugak, ketahuilah bahawa, setiap hari dan malam, Allah akan membebaskan roh dari api neraka dan pada tiap2 malam dan hari jugak, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya...=( Sweetla Kau Ya Allah...hmm...aku selama ni, xbersyukur dengan kenikmatan yg Kau telah limpah ruahkan kepadaku...dan walaupun aku masih jahil, Kau masih beri aku nikmat oksigen, nikmat hidup tuk merasa ramadhan kali ni...dan di perantauan plak tu...sungguh aku xbersyukur selama ni...hmm..moga ramadhan kali ni membuatkan aku makin kuat, makin bersemangat, makin bersungguh-sungguh dalam mengejar cintaMu yang abadi ya Allah...=)

Nabi Muhammad bersabda lagi:
"Dia(bulan Ramadhan) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga. Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan".

=) so, insyaAllah k..kite buat apa yg baik, tinggalkan perkara jahiliah dlu k..^_^ tp mcm mane ye??
ok..insyaallah, ni solusinya..kite try buat same2 k...

1) Pejamkan mata/ tahan daripada meluaskan pemandangan

2) Pelihara lidah dan kata-kata

3) Pelihara pendengaran
"Mereka sangat suka mendengar berita bohong, banyak memakan makanan yang haram" (Al-Maidah, 5:42)

4) Pelihara semua anggota badan seperti tangan, kaki, cara pemakannanya...
Contohnya ialah, time bulan ramadhan ni kan, elakkanlah daripada memakan makanan yang syubhah, tetapi makanlah daripada makanan yang halal. Memakan makanan yang syubhah ini diibaratkan seperti kamu membina sebuah istana, tetapi kamu telah merobohkan satu kota...Hal ini demikian kerana, memakan makanan yang syubhah turut menyumbang kepada haramnya sesuatu makanan itu dan ibadat kita xkan diterima oleh Allah. So, sia-sia la kan puasa dan mujahadah kita kan selama ni kan? =)

5) Jangan makan banyak-banyak sangat, mentang-mentanglah berbuka sodap2, udang bakor, ikan bakor, ayam golek, ayam percik, kuih onde-onde, kuih jala emas, fuhhh..best! sodap! TAPI, ingat ye kawan-kawan smua bahawa, "tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah SWT daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal"

6) Hendaklah hati sentiasa rasa bimbang dan takut serta harapan sebab kita tak tahu kan amalan kita ni diterimaNya ke tak kan. so, thats why la we have to feel takut, bimbang. Hal ini jugak akan menyebabkan kita akan lebih beribadat kepadaNya. Haaa....sapa yang untung? Kita jugak kan? =) insyaAllah...sama-sama kita buat k!

"Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Allah SWT berkata,: "Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya, minumnya kerana Aku. Puasa itu dilakukan kerana Aku dan Akulah yang akna memberikan balasannya sendiri"....=)

Di kesempatan ini jugak, before penutup kepada entry bulan ni ialah, jom kita buat murtaba'ah amal?? =)
1) Tadarus/tilawah al-quran
2) Solat sunat dhuha
3) Solat sunat rawatib (1@2 kali sehari)
4) Solat terawikh
5) Solat Jemaah (walaupun 1@2 kali sehari)
6) Baca ma'thurat (walaupun 1@2 kali sehari)
7) Zikir munajat
8) Hafal hadith@juz 'amma

=) insyaAllah k....im trying too....hopefully, mujahadah yang nak dilakukan di, dipermudahkan olehNya, diberi  keberkatan dan kesungguhan@ kekuatan yang luar biasa untuk menempuh ramadhan kali ni....dan harap-harapnya, ramadhan kali ni penuh bermakna buat diri ini, yang turut berada di perantauan..=)







Monday, July 18, 2011

Ammazilna - Bennami-


نقبل بقلوبنا على الله
kami persembahkan jiwa2 kami kepada Allah

لا خوف ولا حزن لمن هداه
tiada ketakutan dan kesedihan 
bagi sesiapa yg diberiNya petunjuk 

حبله متين لا يندثر
taliNya kukuh takkan terlerai

رزقه دائمٌ لمن يفتقر
rezeqiNya sentiasa ada buat yg memerlukan 


في كل مكان
di setiap tempat 

وكل زمان
di setiap ketika
فوقكَ ربٌ عظيم يرعاك
di atas sana 
ada Tuhan Maha Agung yg memeliharamu 

في أي مكان
di mana jua
في أي زمان
pada bila2 masa
لك رب يحبك لن ينساك
kau punya Tuhan yang sentiasa menyayangimu 
& tidak pernah melupakanmu 

أما زلنا ... أما زلنا .. نخشاه
adakah kita masih punya rasa takut terhadapNya? 


اما زلنا نحمده
adakah kita masih lagi sentiasa memujiNya?


أم نسينا أنّا عباده
 atau adakah kita telah pun melupainya?

لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
 tiada Tuhan selain ALLAH 



نعيش في ملكه ما يشاء
kita hidup di bawah kekuasaannya selagi mana Dia kehendaki 
نغوص في جوده بالدعاء
kita menikmati kemurahan daripadaNya dengan berdoa
نطمع في افضاله بالرجاء
kita berhajatkan kebaikan daripadaNya dengan penuh pengharapan
ملاذنا اذا اشتد البلاء
 tempat kita berlindung tatkala ujian dirasakan begitu berat

     CHORUS

قلبي لله
hatiku untuk Allah..

روحي لله
seluruh nyawaku untuk Allah..  

امالي لله
cita2ku untuk Allah..

كلّي لله
segalanya hanya kerana Allah 

jadilah hatimu seperti kerang dalam lautan,tidak menyimpan kecuali satu mutiara saja; iaitu cinta 
kepada Allah

Sunday, July 17, 2011

Bila waktu telah berakhir...

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua
hilang dan pergi meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sedari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi


Monday, July 4, 2011

Another present from Him...Subhanallah~

In the name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful....
Oh Allah, Alhamdulillah, because still giving us the opportunity to enjoy our life today and giving us the most unforgettable memories for me...=) These are the most special birthday present for me...You are not only giving me FRIENDS but You also giving me the evidence and the power of You in this world...Alhamdulillah...^_^

Alhamdulillah jua friends, I just went back from Mt. Ruapehu which means that, i went to a winter trip there with the sisters....Tq sooo much for da special and lovely services....Memang 4 thumbs up la untuk sisters2 yg mmg bersungguh2 menjaga dan mengaturkan plan2 perjalanan kami ni...but the best planner ever is of course You...Tanpa keizinanMu, tangan ini xkan berasa salji, xkan dapat merasa moment salji turun, xkan menggambarkna perasaan kami time solat atas snow...Alhamdulillah sangaaattt......terharruuu sangat, smpai menangis ya Allah aku time sujud syukur.....My feelings ni, doesnt mean kite nak kawan2 yg laen cemburu, but i just wanna share my experiences and moments, bila hati rasa saanggaaatt dekat dengan Dia, especially tika dahi bersujud di salji, tika mulut dan hidung mencium lantai yang beralaskan salji tu...Alhamdulillah sangat....

Dan aku nak cerita lagi sal pengalamanku ni...iaitu time tengah main toboggan, ya Allah....Alhamdulillah, syukur sangat sbb senior2 aku ckap, Allah hanya menurunkan salji pada certain2 orang je, pada orang2 yang dikehendakiNya sahaja...so, sepanjang perjalann, snior2 suruh kami berdoa apa2 hajat sekalipun sbb doa seorang musafir mustajab doanya...Ade la jugak kesahnya kenapa seniorku ini suh berdoa, sbb time on the way pergi ke tempat accom kami, ya Allah, kami sesat di sebalik bukit2 yng berliku2, yang macam ular kena palu tuu...haa, da la ramai gile org mabuk, org pening (hmm..including me...hehe)...tp, mungkin jua akak tu suh aku berdoa sebab dy tengok aku lain macam je time dalam kereta 2 kan...yela, kite kan pendiam, senyum je pandai, xbukak mulut pun,,,mesti tension kan kalau org tengok??? hahha....

"Tidakkah kamu melaihat bahawa Allah mengarak awan, kemudia mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih. Maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan butir-butiran salji dari langit, iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-ganang. Maka ditimpakanNya salji itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan..."(An-Nur 24:43)


Ya Allah, alhamdulillah, trima kaseh sbb telah menurunkan salji dan menjadikanku di antara orang-orang yang Kau kehendaki...aminn...=)

Ok..xnak cakap byk2 lagi, i just wanna share a few photos, taken kat Woodlands, Mt Ruapehu and Hukafalls... enjoy ur "sight-seeing"....
wassalam


























Thursday, June 30, 2011

Present from Him

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, aku membuka keheningan pagi yang dingin lagi 7degree Celsius ni...Dengan salam Assalamualaikum, aku memulakan bicara ...Alhamdulillah, diberi lagi rezeki dan nikmat oksigen dariNya, untuk meneruskan perjuangan sebagai seorg muslimah dan mujahidah di bumi Allah ini....


Hari ni, nak bercakap pasal, hmm..taw kan, smlam hari kelahiranku, hari untuk mengingati mati bagiku sbb da bertambah lagi setahun usia ku daripada biasa..da xbole nk maen2 sangat, da xbole nk huha-huha sangat, da kena makin matang, dewasa gitu org cakap...tp, speselnye hari ni, ialah aku da dapat hadiah daripadaNya...Setiap kali aku berdoa padaNya, aku harapkan Dia akan bagi hadiah yg spesel untuk aku...29jun baru-baru ni pun aku tunggu, mana la taw kan, biasanya org sambut atau dapat hadiah before hari jadi sebenar kan..hehe...tp, tengok2, xde...=.= ok la...sedih 10%...xpela..lagipun, aku xharapkan untuk sambut birthday aku, dan plus, aku xpernah sambut birthday, biasanya, kalau time birthday, mesti ade je perkara yang xdiingini berlaku...contohnye, 2tahun yg lepas, abangku jatuh sakit,kakak putus tunang kali ke-3!...hmm...tahun lepas plak, abang xsehat lagi..dan luka dihati akak plak xsembuh2 lagi...so, mane ade mood nk smbut..dan before2 2 jugak, mmg xpernah sambut, mkn KFC atau Pizza je...hehe...sodappnyee!! ridu plak kat malaysia...=.O Ok...pastu, bila da smpai 30jun, hari kelahiran yg sebenar, tunggu la jgk kan, mane hadiah dari Dia yg kite tunggu2...hmm...Ade sahabat2 yg datang, PLUS mlm ni jugak, kiteorg buat bacaan yaasin sbb hari khamis+mmg tiap2 minggu kiteorg akan buat bacaan yaasin...itulah caranya, kami nak bersama-sama dengan kawan-kawan tesol kami..=D Dyorg sangat baeekkk+sweeett sbb stiap kali masuk umah atiq, dyorg wish and nyanyi lagu Allah selamatkan kamu 2 laaa dan happy birthday...Addoooiii....<muka da makin merah, malu tima 2>....ahakzz....betoooll....kite xletak dan xmentioned birthday kite 2 sbbnye, kite segann...maluu...hehe.... Ok, walaupun, da buat yaasin, yg jadi pengacara majlis jugak malam 2, xdapat rasa lagi hadiah yg sebenar daripada Dia.....hmm...xpela...nk buat macam mane, mungkin bukan kali ni, getus hati kecilku. So, teruskanlah kehidupan seperti biasa, join2 budak tesol, makan-makan nasi ayam(ashniza tuu chef dy...dan dibantu oleh kwn2 ku yg lain, Amirah, Atiq, Asilla and Anis....haah tuu dyoo ehh...smua huruf A..hehe)+ alhmdulillah, dapat mafela from atiq...tq tiq...such a nice and beautiful mafela...nnti winter trip, sy bawak and saya pakai..=D ...Ok fine....da reda da time 2...xpelah...lagipun, Allah da bagi banyak sangat hadiah untuk aku sebelum ni, mmg xbersyukur langsung! da bagik, mintak lagi...da bermacam2 nikmat da Dia bagi, diberi betis nak peha ni yek si Akmazni ni...=(  (jangan la marahhh..biasala kite, manusia biasa, alaaa korang pun mesti mcm ni kan! kalau da dapat, mesti nk lagi kan?? kan?? kan?? huh!...=(((   )  hmm...lepas 30jun, smpai malam la jugak tunggu, but still, nothing happened...=) xpela ya Allah, walau macam manapun kehidupan aku, aku tetap perlu teruskan hidupku ni...sbb aku tahu, Kau sentiasa ade dengan aku dan dengar rintihan hati aku ni...=D sweeeetttla Kau ni....<3 <3 <3


Ok...pastu, da start 1 july (hari ni la 2), subuh mcm biasa, alhamdulillah, nikmat jemaah itu still dapat rasa, sebelum menghembuskan nafas yg terakhir...lpas ma'thurat, nk g makan tart telur!!! housemate yg buat...hehe...sodapp! jangan tengok pd luaran je taw...da lame gile aku xmakan...lastly, dapat jugak makan! best...xkan nk ckp kan 2 favourite makanan kite...(smua makanan, favourite sbnarnye...haha...telan je smua).. ok...then, housemate den yg buat tart 2 pun nak bg tengok la sbuah video ni...from her pendrive...copy and paste kat my lappy...time 2 kite tgah kemas2 bilik..=D hmm...jom tengok video ni???


 <the video cant be displayed here>





berayak ayak mata, hidung, mulut bila tengok video ni...sweet kan?? comell kan?? the best present ever from Him...giving me a friend like her, Farah Nabila Binti Mohd Hanafiah...=) saya pun sayangkan awak...^_^ maaaff...sy xsesweet yg awak sangka, dan xsecute awak, mampu buat video ni, untuk saya...saya xbagi pape pun time birthday awak last 8jun...hnya senyuman yg dapat saya bagi..tu pun, bukan tiap2 masa saya bagi senyuman kat awak...im really a bad-bad-bad-triple bad friend for u...maaaafffffff.....=(  tp, yg pasti, hadiah Dia yg paling saya tunggu2 ialah, SAHABAT seperti korang smua..Alhmdulillah........sekarang saya da dapat bukak mata saya dengan lebih bulat+terang+luas (sy cuba taw...)......trima kaseh ukhti-ukhti dan akhi-akhi smua...=) xmampu untuk sy bayar pengorbanan masa korg untuk saya, insyaAllah,hanya Dia yg mampu untuk membalasnya...saya hanya mampu tersenyum, dan lend my shoulder for all of u to share the burden with, to share the responsibilities with and to share the joyness + happiness together...mayb im not a good advisor+supporter+listener, but trust me, i'll keep trying to be a good friend to u....sayang korang smua....<3 <3 <3

Wednesday, June 29, 2011

Rejab vs June

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah, diberi lagi nafas yang baru, di hari yg baru, di tahun yg baru...Alhamdulillah...da 21tahun hidup di dunia Allah yang sementara ini...Moga hari ni, bertmbah baik dari hari semalam...aminn...insyaAllah..=)


Pada pukul 1.30pagi tadi, dikejutkan oleh Maher Zain(opppss....bunyi ringtone h.p daa) hehe...bukan Maher Zain yg sebnar..=D ...dikejutkan oleh suara-suara bisikan-bisikan maher zain di telinga, menyebabkan ku membuka handphone ku, ingatkan alarm(lagu barakallah tuu...ahakz), baru je nk off(sbb xsmpai masanya lagi nk sambut barakallah tu..hehe), rupe2nye, kakakku yang call.....wishing me happy birthday...hukhukhuk....dengan mata layu, mata kucuuupp jek, yg da memang kecik, sepet ni, jawable call tu...hehe...tq kak...Alhamdullah...and trimas for da wishing "lectures"....haha...xdela.just kidding..tq sis, tq Allah, for da lovely sister, Hawa Iffasuzani....

And then, pas letak phone, mak aii..ade mesej la plak...tengok sikit la...ohh..daripada sahabat-sahabatku...trima kaseh PA dan BOS ku...^_^ sweet...sweet mesejnye..sayu lak mlm2 tadi...xlena da tido..huuhu...sambil tnggu nk subuh, aaa terlelap la jugak matanye walaupun byk bnde yg duk berlari berkejar-kejaran dalam benak fikiranku ini....fikir ape?? ntah...haha...and, btw, really2 thanks to kawan2 umah flat4 untuk mesej yg sgt sweet 2...

Ok...pastu, bila da lagu barakallah da bunyik tu, haa...kena la bangun, bersiap2 tuk barakallah yek? hehe...tersalah pulaaakk...itula tandanya, kena smyang subuh dulu, kena lengkapkan dulu rukun islam...lepas2 2 baru boleh buat kerja laen..kaan??kan??kan??....aaaa....ok la..subuh done..alhamdulillah..bersemangat sikit sbb baru je balik dari disuntik hatinye dalam majlis ISK yg ke2 (bukan continue yg 1st, tp pegi ISK yg pertama untuk kali ke2..sbb nk tolong kwn2 yg belom pnah pegi ISK yg 1st..=) )...Alhamdulillah, kepenatan itu ditelan, kemanisan itu yg dirasai...^_^ ...Lepas ma'thurat, bukak laptop...41mesejsss...hmm..boleh tahan nk membacenye...mesej ape la byk benor...=.=

Dibelek, diteliti, ditenung, direnung satu persatu ayat-ayat, wish-wish, kata-kata, doa-doa di facebook ku...Ade yang hantar mesej, ada yang post kat wall....alhamdulillah, trima kaseh smua...^_^ <3 trima kaseh sbb ingt lagi kat saya ni, walaupun sy xletak and x mentioned borthday saya kt mane2 tmpat...jazakillah and jazakallah sgt2...Hm..hari kelahiran, hari mengingati mati...T.T   masyaAllah...harap-harap, moga-moga kite smua mati dalam keadaan husnul khatimah dan dalam keadaan muslim...insyaAllah...amin...

Bila bace smua komen2, status2, post2 kat wall, ade menyilukan hati, yg mengharukan dan meleretkan senyuman bila menatap kata-kata 2...trima kaseh ye sahabat2 smua...tq! tp, yg paling terkesan, yg menyebabkn kluaq ayak mata/hidung cek ni ialah, bila bestfriend saya post kat blog "kami".....mengalir, meleleh...ya Allah...xdapat ku nk ulang tayang balik mukaku time 2..mmg burok gile..mcm ilang suami..O.o    Ok...e2 sgt keterlaluan...hmm..betol la...trima kaseh Aisyah Mardhiah for da video dan doa, dan kata2 kamu 2...saya sangat sayang kamu, sangat2...sampai u cant b replaced by any other friends that i have...xbole...skrg pun....maafkan saya aisyah, sbb sy xsweet mcm awak...saya xpandai berkata-kata, xpandai menabur ayat2 manis2...saya hanyalah saya, sebagaimana yg awak kenal, sebagaimana yang awak tahu....i cant hide my feeling towards u...i cant hide my secrets from u..and i even cant play hide and seek from u...sbb smuanya awak bole bace =.= ....awak sorg je taw yg telepati dengan saya almost 100%......

to aisyah,
i just wanna let u know that,
i wont be lucky to be picked as one of your SIMPLE friend in a cloud of your GORGEOUS friends,
i wont be happy to be selected as your sister in your family and this ummah of Prophet Muhammad s.a.w,
i wont be strong enough while traveling in this dunia as one of the muslim, in Auckland,
i wont be determined as i grew up, becoming one of the mujahidah in this "love country",
i wont be everything, without a HUMBLE FRIEND like u....
i'm not being nice to u, but THIS IS U, Aisyah Mardhiah...

Hadiah untukmu, sahabatku yang diredai dan disayangi Allah S.W.T. :
InsyaAllah, bertemunya kita, dan berpisahnya kite kerana Allah S.W.T
" dan Dialah (Allah) yang mempersatukan hati mereka (org yg beriman). Walaupun kamu menginfakkan kesemua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (8:63)
"Cintaku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku. Cintaku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturrahim kerana Aku. Cintaku mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku. Cintaku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku. Cintaku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"..(Hadis Qudsi)

Love u, my bestfriend ever....Aisyah Mardhiah Bt Supian....=D
pink itu awak, biru itu saye...hehe...favourite colour awak and saya...=D <3 <3 <3