Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan 1432H & Salam Perantau

Assalamualaikum kawan-kawan, sahabat2 sekalian...^_^

Alhmdulillah, diberi lagi nikmat oksigen dan nafas olehNya tuk kite masih lagi hidup, meniti kehidupan sebagai seorg anak, pelajar, adik, kawan di dunia yg sementara ini..=)

alhmdulillah jugak,...kali ni, kite telah dipertemukan dengan bulan yg pling mulia tuk umat manusia, umat hambaNya di dunia, iaitu Ramadhan Kareem...^_^

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Al-Baqarah. 2:183)

errrkk....orang-orang yg bertaqwa?? gane pulop tuuu..??? hmm....^_^ yok refer to Al-Imran(3:133-135)
"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. iaitu:
1) orang yg berinfak (biarpun di waktu lapang atau sempit)
2) orang-orang yang menahan amarahnya
3) orang yang memaafkan orang lain
4) Allah mencintai orang-orang yg berbuat kebaikan
5) dan juga org2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya
Dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui"...

=D tersentap kan?? berinfak di waktu lapang atau sempit...hmm..masa pun bole dikira infak kan? jadi, begitulah teman-teman sekalian iaitu, masa yg kita luangkan untuk sama-sama menunggu kawan-kawan yg laen tuk berjemaah dalam solat fardhu atau terawikh pun insyaAllah dikira oleh Nya, malah, insyaAllah akan tergolonglah kita sebagai orang-orang yang bertaqwa...=)

dan taqwa itu sendiri, sangat mendalam maknanya. Iaitu, "Ibarat berjalan di atas jalan-jalan yang berduri" (Saidina Umar). Dan pada bahasanya, makna taqwa itu ialah benteng...benteng yang macam mana ye? =) insyaAllah, benteng untuk kita daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT...sesuai sangatla dengan bulan ramadhan ni kan. Sebabnya ialah time-time bulan ramadhan nila syaitan diikat, so, insyaAllah ni la masanya, tuk kita bina tembok2 kita tu plus, da xde syaitan tuk ganggu robohkan tembok kita tu...=) so, da xde alasan la tuk kita bahawa tembok kita xsiap-siap time bulan ramadhan ni...^_^ insyaAllah ek..kita jadikan ramadhan ni, platform kita tuk terus bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam menjadi yang lebih baik...

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yg diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup, syaitan-syaitan akan diikat, juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya, maka dia tidak memperoleh apa-apa" (HR Ahmad dan An-Nasa'i)

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
i) keberkatan
ii) menurunkan rahmat
iii) mengampuni dosa-dosa
iv) memakbulkan doa-doa
v) melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikatNya.
Maka tunjukkanlah kepada Allah taala kebaikan dari kamu. sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini" (Hadith)

Oh ya Allah..begitu Kamu mencintai kami ya Allah...dengan melimpahkan segala macam nikmat, yang sangat tersembunyi tuk kami di bulan ini ya Allah...dan kawan-kawan jugak, ketahuilah bahawa, setiap hari dan malam, Allah akan membebaskan roh dari api neraka dan pada tiap2 malam dan hari jugak, Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya...=( Sweetla Kau Ya Allah...hmm...aku selama ni, xbersyukur dengan kenikmatan yg Kau telah limpah ruahkan kepadaku...dan walaupun aku masih jahil, Kau masih beri aku nikmat oksigen, nikmat hidup tuk merasa ramadhan kali ni...dan di perantauan plak tu...sungguh aku xbersyukur selama ni...hmm..moga ramadhan kali ni membuatkan aku makin kuat, makin bersemangat, makin bersungguh-sungguh dalam mengejar cintaMu yang abadi ya Allah...=)

Nabi Muhammad bersabda lagi:
"Dia(bulan Ramadhan) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga. Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan".

=) so, insyaAllah k..kite buat apa yg baik, tinggalkan perkara jahiliah dlu k..^_^ tp mcm mane ye??
ok..insyaallah, ni solusinya..kite try buat same2 k...

1) Pejamkan mata/ tahan daripada meluaskan pemandangan

2) Pelihara lidah dan kata-kata

3) Pelihara pendengaran
"Mereka sangat suka mendengar berita bohong, banyak memakan makanan yang haram" (Al-Maidah, 5:42)

4) Pelihara semua anggota badan seperti tangan, kaki, cara pemakannanya...
Contohnya ialah, time bulan ramadhan ni kan, elakkanlah daripada memakan makanan yang syubhah, tetapi makanlah daripada makanan yang halal. Memakan makanan yang syubhah ini diibaratkan seperti kamu membina sebuah istana, tetapi kamu telah merobohkan satu kota...Hal ini demikian kerana, memakan makanan yang syubhah turut menyumbang kepada haramnya sesuatu makanan itu dan ibadat kita xkan diterima oleh Allah. So, sia-sia la kan puasa dan mujahadah kita kan selama ni kan? =)

5) Jangan makan banyak-banyak sangat, mentang-mentanglah berbuka sodap2, udang bakor, ikan bakor, ayam golek, ayam percik, kuih onde-onde, kuih jala emas, fuhhh..best! sodap! TAPI, ingat ye kawan-kawan smua bahawa, "tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah SWT daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal"

6) Hendaklah hati sentiasa rasa bimbang dan takut serta harapan sebab kita tak tahu kan amalan kita ni diterimaNya ke tak kan. so, thats why la we have to feel takut, bimbang. Hal ini jugak akan menyebabkan kita akan lebih beribadat kepadaNya. Haaa....sapa yang untung? Kita jugak kan? =) insyaAllah...sama-sama kita buat k!

"Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Allah SWT berkata,: "Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya, minumnya kerana Aku. Puasa itu dilakukan kerana Aku dan Akulah yang akna memberikan balasannya sendiri"....=)

Di kesempatan ini jugak, before penutup kepada entry bulan ni ialah, jom kita buat murtaba'ah amal?? =)
1) Tadarus/tilawah al-quran
2) Solat sunat dhuha
3) Solat sunat rawatib (1@2 kali sehari)
4) Solat terawikh
5) Solat Jemaah (walaupun 1@2 kali sehari)
6) Baca ma'thurat (walaupun 1@2 kali sehari)
7) Zikir munajat
8) Hafal hadith@juz 'amma

=) insyaAllah k....im trying too....hopefully, mujahadah yang nak dilakukan di, dipermudahkan olehNya, diberi  keberkatan dan kesungguhan@ kekuatan yang luar biasa untuk menempuh ramadhan kali ni....dan harap-harapnya, ramadhan kali ni penuh bermakna buat diri ini, yang turut berada di perantauan..=)







No comments:

Post a Comment