Monday, October 29, 2012

Summary of 2012

Assalamualaikum ollss...=)

Nothing much I wanna say here, just a video, expressing my feeling towards the end of this year, as a second year student in UoA...

A little bit disappointment, sad, happiness, joyful and pendek kata, suka dan duka lah, sepanjang 2tahun belajar di negara org ni...=)

Homesick, rindu, garang, semua perasaan ada la...Cant think rationally at this moment..Want to focus to the final exam first..Cuak juga bila difikir2 balik tentang this summer..Adakah sudah suratan atau kebetulan, mimpi atau realiti, dan sememangnya, kesenangan di dunia ini hanyalah sementara..=)

Oh Allah, please ease everything.. no worries, time will heal me back..just give me some space..insyaAllah, saya akan kembali..and btw, cant reach me on fb..u guys can contact me tru email and this web...

Happy eid + all the best for the exam + happy summer!
Malaysia! Wait for me..There's many things that should be done...
seeru 'ala barkatillah..
Moga Allah reda...

xoxo





I will always love you guys, insyaAllah, till His Jannah..Trust on me..Wont let you guys down, kalau saya masih hidup, insyaAllah..Oh Allah, please protect us against everything bad, please ease everything and please make it easy for us.. Friends, always remember me, walaupun dah xbersama, 
tp, insyaAllah kenangan sentiasa dihati ini...
<3 <3 <3

Monday, June 11, 2012

Cantik vs Gagah

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Hati berbisik...

Assalamualaikum...=)
Ohh lamanya tak menjenguk dan menulis entry baru kan? Rasa kekok pun ade, rasa pelik pun ade..=)

Allahu..Allahu..
Banyak sangat cerita yg kita dengar sejak 2 menjak ni kan? Cerita kawan se-mrsm hilang lah, kisah PRU13 yg xumum-umumkan lah, cerita pilihanraya di Mesir lah kan? =) InsyaAllah..walau macam mana sekalipun, umat akhir zaman, dan dunia akhir zaman, Allah dah janji kan yg Islam akan tertegak balik nanti..insyaAllah hari itu akan tiba..tp, cuba kite renung sejenak, sudah cukupkah amalan kita untuk menanti hari itu? Andai kita pergi dlu sebelum masanya? Andai kita kembali padaNya dlu sebelum ahli keluarga kita yg lain pergi dlu? Macam mana? =)
Tepuk dada, tanya iman..^^

insyaAllah...buat entry kali ini, ialah pasal entry, "hati berbisik"...=)
apa bende hati berbisik ni??

Hati ada mulut ke?
Ye dok niii?? merepek je kan?

Bukaaannn....=)
Entry kali ini ialah nk bagitahu pasal??

hehe...kasi suspen la sikit..teka sendiri la ek..
InsyaAllah, blog kali ini, pasal luahan hati kecilku ini,
yg dah lama memendam rasa,
yg dah lama menyimpan 1001 perasaan, rasa dan rahsianya...

Cinta..
Senang je utk diungkap, senang juga untuk disebut, malah apatah lagi untuk dieja kan?
Mudah, semudah ABC (sodapnyee air ABC..hehe)..
Tapi, cinta yg macam mana yg perlu kita cari, dan atas tujuan apa cinta itu utk dilaksanakan...
hmm...(menung sejenak)

Bagi diri ini,
Dalam mencari cinta,
hati kita, diri kita juga turut kena mendapat cinta itu..
DAN!! cuba untuk menjadi yg terbaik juga...=)
barulah adil kaaann....=D

cinta yg macam mana yg dicari?
Cinta pada seseorg, yg melabuhkan cintanya padaNya...(huhu...demand!)
Cinta pada seseorg, yg sudi untuk menerima diri ini seadanya...(da la xcantik...=.= )
cinta pada seseorg, yg berani utk berjumpa mak ayahku, walaupun meminta izin utk berkwan...
cinta pada seseorg, yg taat menasihati diri ini andai diri ini tergelincir di jalanNya,
cinta pada seseorg, yg sanggup, untuk sentiasa melindungi diri ini andai dikasari,
juga,
cinta pada seseorg, yg sentiasa bersemangat dalam membentuk diri ini, mengingatkan diri ini dengan pencipta cinta kami, Allah swt..

woaahaaa..belom ada lagi, dah demand...haha...

"Oh Ya Allah, jika dia untuk ku, sesuai dan baik buat agama, hidup dan matiku, maka, persatukanlah hati kami, berkatilah hubungan kami, jagalah hubungan kami, elakkanlah kami daripada melakukan maksiat, lindungilah kami dan kuatkanlah iman kami sebelum tiba masanya untuk kami bersama dan selepas bersama juga, maafkanlah kami, ampunkanlah dosa kami serta jika dia tidak baik dan tidak sesuai untukku, maka pudarkanlah perasaan cinta dalam hati kami, berkatilah hubungan persahabatan kami, dan temukanlah ku pada insan yg sesuai buatku. Hanya padaMu aku menyerah, hanya padaMu ku bergantung. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala baik dan buruk hamba-hambaMu"...Amin..

“CINTA itu hendaklah dikawal, bukan dihalang, kerana CINTA adalah fitrah..”

Tuesday, January 3, 2012

My Models

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selepas menyepi agak-agak 2bulan, akhirnya, hari ni, diberi kekuatan olehNya, melalui seorang sahabatku di Auckland ni. After kutip-kutip semangat menulis blog ni kat blog dia hehe. Terasa kagum, voila! dengan hasil karya dan blog nya. Tertanya-tanya, terfikir-fikir, macam mana la dia meluaskan lagi empayar memblogging dia ni. Best dan gempak-gempak pulak ayat, kosa kata, dan cara menulisnya. Berbahasa gitu. Walaupun simple, tp i like! Boleh nampak ketulusan hatinya dalam menulis diari kehidupannya. Yang tu tak berapa best la sebabnya, yang betol-betol bestnye blog budak ni ialah, dia menulis kerana dia tahu matlamat hidup dia, dia tahu untuk siapa dia berkongsi rasa, suka dan duka, iaitu kerana ingin mengajak pembaca-pembacanya mengenal penciptanya.. (Err padahal tahu je kenapa blog dia best, sebab dia seorg budak TESL!!!) Ye la, mana taknye, budak TESL, mestila berbunga-bunga tatabahasanya, penuh dgn ayat2 bombastik, dramatik, fantastik dan smua tik-tik yg laen la. plus! takde lab, takde kelas dari pagi sampai ke petang macam kiteorang ni. (isyk-isyk-isyk, bias betol. haha)...Alhmdulillah dia diberi kelapangan masa yang agak banyak untuk mereka dan menghasilkan karya-karya beliau..(haa..beliau gitu. sbb kagum sangat ni..=D)

Tetibe terfikir untuk buat entry baru. Pasal my new models. Tak tahu la kenapa, semenjak dua menjak, tiga menjak ni, (dari tahun lepas sebenarnya) hati ini terpaut pada bidang seni photography. Semua ni ialah terhasil selepas dapat belajar kat NZ ni. Ntahla. Mungkin sebab apa yang dilihat di sini, membuatkan diri ini untuk mencalit dan mencoret jua permandangan yang dilihat untuk tontonan umum. Keindahan yang luar biasa yang pernah ada, lalui dan tempuhi. Macam berada di dalam syurga pun ade. (OK! ni sudah lebeyyhh. lols) Takde la sampai nak samakan permandangan di NZ ni sama macam dalam syurga Allah, tp, haa itulah. Tak terkata, tak terbayang dek fikiran akan keindahan dan kesejukan mata pabila melihat alam yang terbentang luas, ciptaanNya ini. 

Tapi, untuk kali ini, bukannya nak updates dan show gambar-gambar "DSLR" yang diambil di NZ, tp, nak berkongsi gambar-gambar yang diambil time outing with family for about 1 and half months di Malaysia!! (hooyeeaahhh!!! balik Bukit Tunggal!! =D ) TAPI!!! gambar-gambar yang diambil ni, bukanlah semuanya di Terengganu, tp, berjalan-jalan, around2 Malaysia..^^

Jadi, ini adalah hasil-hasil photography ku yang tak pernah ada skill dan talent dalam bidang bergambar ni. Hehe. Hanya mencuba nasib, plus! isi masa terluang. Oh, my new hobby~~~~!!




one of my models (Amil) hehe

Uuuu sodap tu ice cream strawberry!!

kasik hijaukan mate sikit!! =D

ouch!!! sakit tuu..

bungee..bungee..aiipp! kekwa la! =D

haha..my top models too..^^

perghh~~ hensem bang..(tp betol la, ang sebenar ni..=D)

jeling-menjeling ye adik maniss~~~

errkk..asyik-asyik budak ni je modelnye..haha

aaaaa~~ bunga kebangsaan Malaysiaku...*cairr*

adik beradik sabor je melayan kerenah camerawoman..hehe

hooyeaahh..my hottest model..^^

kasik besaqkan gambar la sikit..hehe

macho la saudara ni..lols

ewah ewah..santai ye..=p

posing bukan maen..mcm buat-buat tak sedar ye kehadiran kamera ni..eheh

fullamak..model mahal ni..^__^

err...biasa2 je ni..=.=

hmm...boleh la~~

it's yellow!!

2 pasangan merpati 2 sejoli..=p

ngehngehngeh~~

dongaklah ke bawah ye pabila berjalan..=D

yum.yum.yum makan best ni

gembire dengan menantu eekk..=D

ohh my sweet sister~~

slurppp! buat nasi ayam best ni..=D

best! mengidam! haha

ape ni?? sayur la!

aaahhh~~ the most favourite dan yg tercantek, yg terkesan di hati ini..^^ bersama adik tercinta..haikkal~ <3


tengok jgn tak tengok..=p


Ohh cuti ku rasakan sangat bermakna sebab setelah sekian lamanya kami tak bersama, keluar shopping, jalan-jalan bersama, kalau abang takde, adik jkk tu ada, kalau adik jkk takde, abang atau kakak pulak yang takde. Haisyyhh...Tapi, alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana kali ini, diberi kesempatan olehNya untuk sama-sama menikmati hari-hari, detik-detik kami bersama. The moments that i'll never forget. <3 <3 <3

p/s: nnti updates lagi ye..jika ditakdirkan olehNya utk berjumpa lg..^^ insyaAllah..
1st day of summer class...ohh~~