Tuesday, January 3, 2012

My Models

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selepas menyepi agak-agak 2bulan, akhirnya, hari ni, diberi kekuatan olehNya, melalui seorang sahabatku di Auckland ni. After kutip-kutip semangat menulis blog ni kat blog dia hehe. Terasa kagum, voila! dengan hasil karya dan blog nya. Tertanya-tanya, terfikir-fikir, macam mana la dia meluaskan lagi empayar memblogging dia ni. Best dan gempak-gempak pulak ayat, kosa kata, dan cara menulisnya. Berbahasa gitu. Walaupun simple, tp i like! Boleh nampak ketulusan hatinya dalam menulis diari kehidupannya. Yang tu tak berapa best la sebabnya, yang betol-betol bestnye blog budak ni ialah, dia menulis kerana dia tahu matlamat hidup dia, dia tahu untuk siapa dia berkongsi rasa, suka dan duka, iaitu kerana ingin mengajak pembaca-pembacanya mengenal penciptanya.. (Err padahal tahu je kenapa blog dia best, sebab dia seorg budak TESL!!!) Ye la, mana taknye, budak TESL, mestila berbunga-bunga tatabahasanya, penuh dgn ayat2 bombastik, dramatik, fantastik dan smua tik-tik yg laen la. plus! takde lab, takde kelas dari pagi sampai ke petang macam kiteorang ni. (isyk-isyk-isyk, bias betol. haha)...Alhmdulillah dia diberi kelapangan masa yang agak banyak untuk mereka dan menghasilkan karya-karya beliau..(haa..beliau gitu. sbb kagum sangat ni..=D)

Tetibe terfikir untuk buat entry baru. Pasal my new models. Tak tahu la kenapa, semenjak dua menjak, tiga menjak ni, (dari tahun lepas sebenarnya) hati ini terpaut pada bidang seni photography. Semua ni ialah terhasil selepas dapat belajar kat NZ ni. Ntahla. Mungkin sebab apa yang dilihat di sini, membuatkan diri ini untuk mencalit dan mencoret jua permandangan yang dilihat untuk tontonan umum. Keindahan yang luar biasa yang pernah ada, lalui dan tempuhi. Macam berada di dalam syurga pun ade. (OK! ni sudah lebeyyhh. lols) Takde la sampai nak samakan permandangan di NZ ni sama macam dalam syurga Allah, tp, haa itulah. Tak terkata, tak terbayang dek fikiran akan keindahan dan kesejukan mata pabila melihat alam yang terbentang luas, ciptaanNya ini. 

Tapi, untuk kali ini, bukannya nak updates dan show gambar-gambar "DSLR" yang diambil di NZ, tp, nak berkongsi gambar-gambar yang diambil time outing with family for about 1 and half months di Malaysia!! (hooyeeaahhh!!! balik Bukit Tunggal!! =D ) TAPI!!! gambar-gambar yang diambil ni, bukanlah semuanya di Terengganu, tp, berjalan-jalan, around2 Malaysia..^^

Jadi, ini adalah hasil-hasil photography ku yang tak pernah ada skill dan talent dalam bidang bergambar ni. Hehe. Hanya mencuba nasib, plus! isi masa terluang. Oh, my new hobby~~~~!!




one of my models (Amil) hehe

Uuuu sodap tu ice cream strawberry!!

kasik hijaukan mate sikit!! =D

ouch!!! sakit tuu..

bungee..bungee..aiipp! kekwa la! =D

haha..my top models too..^^

perghh~~ hensem bang..(tp betol la, ang sebenar ni..=D)

jeling-menjeling ye adik maniss~~~

errkk..asyik-asyik budak ni je modelnye..haha

aaaaa~~ bunga kebangsaan Malaysiaku...*cairr*

adik beradik sabor je melayan kerenah camerawoman..hehe

hooyeaahh..my hottest model..^^

kasik besaqkan gambar la sikit..hehe

macho la saudara ni..lols

ewah ewah..santai ye..=p

posing bukan maen..mcm buat-buat tak sedar ye kehadiran kamera ni..eheh

fullamak..model mahal ni..^__^

err...biasa2 je ni..=.=

hmm...boleh la~~

it's yellow!!

2 pasangan merpati 2 sejoli..=p

ngehngehngeh~~

dongaklah ke bawah ye pabila berjalan..=D

yum.yum.yum makan best ni

gembire dengan menantu eekk..=D

ohh my sweet sister~~

slurppp! buat nasi ayam best ni..=D

best! mengidam! haha

ape ni?? sayur la!

aaahhh~~ the most favourite dan yg tercantek, yg terkesan di hati ini..^^ bersama adik tercinta..haikkal~ <3


tengok jgn tak tengok..=p


Ohh cuti ku rasakan sangat bermakna sebab setelah sekian lamanya kami tak bersama, keluar shopping, jalan-jalan bersama, kalau abang takde, adik jkk tu ada, kalau adik jkk takde, abang atau kakak pulak yang takde. Haisyyhh...Tapi, alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana kali ini, diberi kesempatan olehNya untuk sama-sama menikmati hari-hari, detik-detik kami bersama. The moments that i'll never forget. <3 <3 <3

p/s: nnti updates lagi ye..jika ditakdirkan olehNya utk berjumpa lg..^^ insyaAllah..
1st day of summer class...ohh~~