Sunday, June 16, 2013

14 June 2013

Assalamualaikum blog. ^_^
InsyaAllah, hari ni nak bercerita pasal hari Jumaat yg lalu, 14 June 2013.

Pada hari jumaat tu, ya Allah, my first paper di tahun ke-3 kat uni of auckland ni. Dub dub dub..
Nak pecah dada rasanya sebab terlalu kuat getarannya. Muka macam confident tp dalam hati, hanya Allah je yg tahu. Cuaca pulak, hujan jee memanjang. Angin sangat-sangat kuat. Macam membisikkan di telinga yg sesuatu bakal terjadi.

Tepat pukul 8.15 am mcm tu, bersama housemate ke uni. Di persimpangan jalan, terjumpa ??? Hehe.. No need to tell you lah. Segan pula. And along the way to uni pun housemate ada bercerita kisahku (ooo rupenye mereka mengumpat pasal aku kat belakanggg). hehe.. Mereka sebenarnya mendoakan tentang kehidupan ku. Adelah juga mereka bercerita kisahku time kat IC. Malu..Malu.. Rupenya ada je mata-mata yang memandang. Hmm. Macam mana nak jadi wanita yang tidak memandang dan dipandang ni. Oh mungkin juga sebab aku suka memandang orang, jadi, possibly aku pun dipandang. Err tapi.. mungkin boleh tengok muslimah-muslimah yg anggun lagi cun yg masihhh ramai lagi kat oklen city ni. =.= Xde orang lain da ke kan dyorang nak usha.. Nampak sgt la akhawat-akhawat lain tu Allah jaga dan mereka pun sgt2 lah menjaga hubungan mereka dengan Allah. Aku? haaah! Tau-tau jela mcm mana.. Xtahu da nak ubah macam mana.. Adakah melalui perkahwinan aku boleh ubah prangai aku ni? (hehe..seronok juge ni).. Ok.. tutup kes ni.. Bukan nk bercerita pasal ni.. haih.. shuuuhh shuuuhh gi lari jauh-jauh kes ni..

Ok. Time 8.45 am, berjalanlah menuju ke arts building.. Sampai-sampai je, budget, terus duduk di kerusi kat luar, sambil goyang-goyangkan kaki.. Macam confident betol buleh jawab. Haha.. Budget kaann.. haih.. Orang lalu, senyum.. Kawan-kawan bangsa asing yg lain datang, senyuumm.. Kan sedekah tuu.. Mana taw dapat jawab soklan prekse nanti kan dengan senyuman tu kan? hehe.. Ok la.. Then, thats it. Time utk masuk ke dalam lecture hall utk jawab exam..

10 minutes reading..
Scan punye scan soklan, okayy.. Beress.. Canteekk je susunan Andrew Balemi buat.. Semuanya mcm pernah buat.. Tengok soklan 1, ok ok.. Tengok soalan 2, boleh boleh.. Tengok soklan 3, insyaAllah.. Tengok soklan 4, hmm.. bolehla.. Tengok soklan 5, alamak! proving.. ayat sajee.. hmm.. ok2.. will try..will try.. tengok soklan ke -6, mak aii.. panjang nyee.. Hm.. buleh buleh.. I trust myself..
orang-orang zaman moden ckp, "peehhh.. bajeettt... bajeett pandai betol lah! confident sunggoh!"..
Sambil-sambil tengok soklan time reading time tu, senyum2 tengok makcik-makcik jage prekse tu.. Ntahla.. xbiasala kalau org tengok kita xbg sesuatu..at least kita bg senyuman kan.. dan makcik tu pun membalasnya.. terurut dada sekejap, fuuhh sejukk hati tengok senyuman makcik tu.. hehe

"OK! YOU CAN START THE EXAM" - makcik jage prekse tu ckp
Saat-saat mendebarkan.. Angkat pen, start menulis.. ok! soalan 1 dah sangkut.. Ya Allah.. blackout taw time tu.. Duk istighfar je mulut ni.. xingat apa-apa.. Ya Allah.. Hanya Allah je aku bergantung time tu.. Hah! Aku apa lagi, duk fikir mcm2 da la waktu tu..
"Oh.. da final year nii... jgn la dtg balik nanti"
"Ohh bakpe soalang ni pelikk niiii"
"Bakpe dok ingat mende niiii"
=.=

.........

Masih adakah hayat ku waktu tu? Hukhukhuk.. Alhamdulillah la, Allah masih sayang kat aku.. Still memberi beberapa hints untuk aku jawab soalan2 tu. Benarlah kata-kata akhawat-akhawat yang cun melecun di oklen city tu ckp, kalau Allah xizinkan, baca banyak mana pun, xkan dpt jawab soalan dlm exam.. =.= Gedebuk! tertusuk dada.. Sakit pulak rsanya... mcm br lepas kena wrestling pun ada.. beraat je kepala waktu tu..

Ehh tapi, xdela aku mmg blurr lgsg nak buat smua soklan tu. Dalam byk2 soalan, yg buleh dan plg aku jwb byk ialah yg ada ayat2 byk tu..soalan 5... da la proving. Ntah mcm mana bole jwb.. boleh la.. cnfidnt la sikit nk jwb byk.. tapi, yg lain-lain tu.. hukhuk.. Allahu.. Aku hanya berserah padaMu ya Allah. Dah try buat latihan, past years, tutorial, esaimen.. da buat semua da.. Moga-moga Allah memberikan yg terbaik buatku..

Malam tu ada usrah..
Asilla ckp, "tawakkal tu ialah.. "lepaskan... kamu lepaskan ia pergi"...
Gedebusshh! lagi kuat ooo kat dada ni.. err asilla bukan ckp kat aku ja.. tp, kat semua dalm usrah kami la.. hehe.. memandangkan dik zaza kita tu pun sama kes dengan ku.. dan asilla juge.. dia pun rupe-rupenya xle jawab soalan stats tu.. and paling ku xsangka, kak dibah pun xsempat nk jawab soalan-soalan exam tu!!!! so, bukan aku ja yg rasa susah.. ehhe.. fuuh~~ alhamdulillah.. bukan gembira apa, sbb ada kebarangkalian utk lectrer trunkan gred kalau semua org dpt rendah.. hehe.. mudah-mudahan...(yana je xexam lagi..untonglaaaa)


So, in the nutshellnya,..
"Tawakkal itu ialah, lepaskan..U let it go..."

^__________________________^

Wednesday, June 12, 2013

Sunday, June 9, 2013

Time will heal and decide

Assalamualaikum..
8June2013, a perfect day for me sbb tarikhnya ialah tarikh birthday kawanku, FN ^^
Pelik orangnya, nda mau disambut birthdaynya. Malah, wish pun xnak. "Tak pandai nak react" katanya. Haha. Comel, nakal-nakal baik gitu, dan yg paling penting, muslimah orangnya. Hehe. Calon yg sesuai untuk menantu Mak Jah, Mak Nab dan mak-mak yg lain =)

1 hari before 8 Jun (genap seminggu), sejarah berulang kembali? Setelah mendengar cerita pasal sudah mahu dikeneng-keneng kan, dan orangnya pun kawanku sendiri. Mana tak sedihnya, luruh bercucuran malam tu jugak aya' mata (org utara sebut).. Tapi, xpa jaa.. Satu malam muhasabah diri balik, she is better and really-really soft spoken, pemalu, and haaa insyaAllah sesuai. But deep into my heart, still hoping...... =)

Tapi, tanpa di sangka juga, pd 8 jun ni, mendapat berita kembali.. Tapi, keputusan telah diambil, walaupun bukan kata putusnya, tapi, memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk saling membetulkan diri dahulu. Maybe within 6 months, until summer, or less, or maybe more than that. But, hopefully, rasa tu xpudar, malah lebih bersemangat bila dah tiba masanya nanti. He knows everything, walhal kita hanya merancang, and when He said, hold skjap, bukan masanya lagi ni, sabaaq sat, jgn gelojoh-gelojoh. InsyaAllah.. Ada la sesuatu yg ingin ditunjukkannya itu. Mungkin bukan, mungkin juga ya, mungkin lebih perlu byk berfikir jauh dan etc. Allahu, Yang Maha Penyayang lagi Mengasihani.

Then, i will miss the moments we are together ( You and me (My Lord). So, hopefully, this coming Shaaban and Ramadhan, will bring us more barakah, keredaan masa, dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Exam is just around the corner. This friday. Moga Allah permudahkan yg susah, moga kejayaan ini, membawa kepada kemenangan umat Islam di negara org asing ini. InsyaAllah. Amin Amin Amin

Wednesday, June 5, 2013

Kisah 1 Jun 2013-Surat Untuk Blog

Assalamualaikum blog,
Maaf kerana mengganggu.
Takde apa nak cerita, kecuali perasaan pada 1 Jun 2013 (6days before today).
Ingin luahkan di Fb, tapi, dikhuatiri mennunjukkan perasaan sebenar dan menceritakan hal sebenar pulak kan.
Tak elok, tak elok
Seolah-olah merungut,
Seolah-olah inginkan orang lain like, dan baca.

Kadang-kadang tak semua benda kita boleh cerita dengan org lain,
sama macam saya, dengan org ni, saya cerita pasal ni,
dengan org lain, saya cerita pasal lain pulak.
Dalam kehidupan kita, xkan pernah lari daripada masalah..
Sama ada msalah belajar, hati, housemate, rakan-rakan,keluarga dan sebagainya.

Kisah 1Jun, memang akan sentiasa diingati dalam hidup ini.
Mana taknya, kisah hidup jugaklah.
Tapi, xmengapa, Allah hadirkan maslaah itu, bukan untuk ditangisi, tapi, untuk memberi pengajaran kpd kita,
untuk menguji tahap kebergantungan kita padaNya,
untuk menguji, kasih dan sayang, cinta kita kepada siapa yg sepatutnya kita sandarkan,
untuk tahu titik kelemahan kita sebab,
"Allah menguji seseorg itu atas dasar titik kelemahannya"

Jika hati kta lemah, Allah uji hati kita,
kalau kita lemah dengan pelajaran, Allah uji kita dengan ada masalah pelajaran.
Allah tahu the best and He knows whether kita boleh x alaminya.

Penutup bicara, i am single and available.
One decision has been taken, and yet, insyaAllah the best decision that i can make for my whole life.
Allah bersama-sama dengan hamba-hambaNya yg bersyukur dan sabar..

Jangan penat untuk sentiasa minta kepadaNya, cuma lambat atau cepat je dapat.
Kalau xdapat sekarang, in hereafter, insyaAllah will be mine.. (who knows right).. ^^

May Allah guide us to the right path, and always showering us with His blessings and rahmat..
Akan doakan yg terbaik utk semua org..
The best akan datang, yg baru akan muncul, yg lama, kena amek pengajaran.. =)