Sunday, February 13, 2011

Pesona Wang

Dalam satu kesempatan, iblis pernah mendatangi Nabi Isa as. Waktu itu, baginda sedang berada di pintu Baitulmaqdis...

"Hai laknatullah, aku ingin menanyakan beberapa perkara kepadamu!" kata Nabi Isa ketika melihat iblis datang menghampiri.


"Silakan."

"Muslihat apa yang telah kamu lakukan terhadap umat Nabi Musa?"

"Aku membisik mereka supaya tertarik untuk memeluk agama Yahudi."

"Lalu, jerat apa yang akan kamu pasang untuk menyesat umatku?"


"Aku memujuk mereka supaya mahu menjadikan Engkau sebagai tuhan."

"Strategi apa yang akan kamu terapkan untuk memperdaya umat Nabi Muhammad s.a.w?"

"Yang terakhir ini cukup sulit, aku sudah kehabisan cara. Banyak cara pernah aku cuba, tetapi hasilnya selalu sahaja kurang memuaskan. Hingga akhirnya, aku menemui cara baru, iaitu menebar pesona wang. Cara ini adalah untuk menjerat umat Muhammad. Mereka mudah tergoda dengan wang. Dengan begitu, mereka lupa akan kalimah, La ila haillallah...."

"Like father, like son"......Mohammad Zaka Ali Farisi

No comments:

Post a Comment