Saturday, March 12, 2011

Kata-kata hikmah

1)“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai"...(dari blog ustaz hasrizal..)



2)Allah adalah cinta utama dan sentiasa yg pertama..
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….”
[Al-ahzab : 4]


Rebutlah cinta Allah, krna di situ trdpt cinta2 yg lain..alhamdulillah,,=)


3)~sesungguhnya al-haya' itu benteng diri setiap muslimah. jika runtuh benteng itu, maka rosaklah diri.


4)Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
 “Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya.”
(Riwayat Abu Daud)


5)Oleh sebab itu, semasa memilih pasangan hidup mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Rasulullah, melalui sabdanya yang bermaksud :
“Dikahwini wanita itu atas empat faktor, harta keturunan, rupa dan agama. Maka kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”

6)Kita perlu ingat bahawa cinta bukanlah tujuan semata-mata, cinta hanyalah jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan, tetapi ada banyak jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan bukan paling utama untuk mencapai kebahagiaan.

1 comment: